Friday, 18 July 2014

Pertapa Cabul

Dikisahkan pada zaman dahulu kala terdapat golongan manusia yang menuntut ilmu persilatan sehingga mampu menguasai bermacam-macam kebolehan seperti melayang di udara, berlari di atas air, mampu bergerak dengan kelajuan yang pantas dan lain-lain. Namun tidak semua golongan yang bergelar pendekar ini menggunakan kebolehan di jalan yng benar. Ada yang menuntut ilmu persilatan semata-mata untuk melakukan kejahatan dan kerosakan sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat jelata dan menyebabkan nama baik golongan pendekar lain tercemar. Golongan yang terpesong ini telah menyebabkan kerajaan yang memerintah mengharamkan semua perguruan dan kumpulan persilatan dan memburu sesiapa sahaja yang menuntut ilmu persilatan.

Satu nama yang telah menimbulkan aib dikalangan para pendekar dan menyebabkan mereka amat membencinya. Dialah PERTAPA CABUL. Tiada siapa yang tahu nama sebenarnya dan asal-usulnya. Dia mempunyai ilmu persilatan yang tinggi setaraf mahaguru namun menggunakannya untuk melakukan jenayah pemerkosaan kepada wanita-wanita. Tindakan sewenang-wenangnya itu telah menyebabkan rakyat jelata memandang serong kepada semua pengamal ilmu persilatan dan menimbulkan kebencian di hati para pendekar lain.

Pertapa Cabul merupakan nama yang amat dibenci oleh para pendekar yang lain...